KAU TERLALU BAHAGIA DI ATAS PENDERITAAN ORANG LAIN? SABAR. KIFARAH ALLAH ITU ADA. KAU TUNGGU JE :)

Tuesday, June 19, 2018

Teknologi Digital di PSMZA!

Hello semua! Okay, seperti yang dijanjikan aku nak cerita tentang kos yang aku ambil di PSMZA! 

Soalan yang selalu orang tanya ialah...

"Apa teknologi digital tu? Tak faham la kak."

Okay macam ni. Teknologi digital tu adalah subjek programming. Dari sem 1 sampai korang sem 5 memang coding aje yang korang selalu hadap sampai nak pecah kepala hahahaha. Masa praktikal nanti pun akan menghadap coding jugak so korang sebagai bakal programming memang kena pandai bab bab coding ni.

Aku ni tak adalah pandai sangat bab coding ni. Biasa-biasa aje. Kalau ada yang rasa boleh buat, rasanya boleh aje. Tapi coding ni sangat sensitif okay adik adik akak sekalian. Salah sikit je dah error ye.

Sentiasa semat dalam otak tu yang belajar tak ada pun yang senang. Tak kisah la kau ambil kos apa.

Kalau masih tak jelas lagi boleh komen ye!

Yang bagusnya kos ni dia banyak cabang tau. Sepanjang belajar kos ni ada je korang akan diajar untuk edit gambar dan video. Masa aku sem 4 aku diajar untk edit gambar untuk dijadikan poster. Edit video parody. Haa, siapa-siapa yang kreatif tu bolehlah tunjukkan bakat korang bab-bab mengedit ni.

Jangan risau, korang akan diajarkan cara untuk edit video dan gambar dengan menggunakan adobe photoshop dan pelbagai jenis adobe lagi lah xD

Masa test pun aku main edit aje suka hati aku and alhamdulillah dapat la A-.

Seronok sebenarnya kos ni kalau korang betul-betul faham. Aku dulu mana pernah tahu pasal kos ni. Aku tahu pun dari along aku sebab kawan-kawan dia ada yang ambil kos ni jugak. Banyak cabang la kos ni and inshaAllah mudah nak dapat kerja.

Aku pun dulu tak minat kos ni sampai masa sem 1 dulu nak berhenti lah xD Classmate aku semua pujuk aku suruh bertahan sebab subjek yang aku failed tu ada re-test so malam tu aku study habis-habisan beb. Tapi adalah jugak masa tidur aku masa sem 1 tu.

Tapi, aku just nak cakap lah makin korang naik sem subjek yang korang ambil tu akan makin susah so setiap sem kena sentiasa prepare dari segi mental dan juga fizikal! Stress tu perkara biasa lah.

Macam aku ni, cara untuk aku hilangkan stress aku buat kerja sambil dengar lagu tapi kadang tak menjadi jugak. Kadang aku layan movie kt Netflix. Lepastu fangirling. 

Benda paling utama ialah, MAIN GAME! hahahahah xD

Dalam rumah tu aku lah hantu gamenya. Aku kalau dah start main game tak makan pun tak apa. Tapi selalu housemate aku la yang akan suapkan aku makanan sambil jari aku ligat main game.

Terima kasih housemate sebab jaga aku! <3

Aku ni nak masuk sem 5 dah. Sekejap aje masa berlalu.

Okaylah, aku rasa tu aje kot nak bagitahu korang tentang kos ni. Maaflah kalau ada yang terkurang ke apa.

Kalau korang ada soalan nak tanya, boleh komen ye! InshaAllah aku akan reply ASAP!

Bye-bye and assalamualaikum! <3